Followers

Jul 13, 2013

OUR FRIEND !

Salam hi guys , lama rasanya tak updated story kat blog nie , bersawang plak rasanya .   hehe .
Entri kali ni nak story about friend, rakan sekolah time pakai baju sekolah bersama . haha skemanya ayat. Setelah sekian lama tidak bertemu akhirnya berkesempatan juga bertemu , jumpa pun time wedding and if ada masa free yang dapat together hangout . See , nampak sangat busy dengan carier masing-masing kan . Ada yang dah bekerja and ada yang still study lagi, even jarang jumpa we still keep in touch taw ! Kepada yang sudah berkahwin congrat to you , owh dah tukar title jadi wife orang plak . " Semoga Berbahagia " ke anak cucu. Kepada yang belum berkahwin teruskan mencari dan semoga ke jinjang pelamin juga . Doakan kami macam awak yang dah berkahwin juga . hehe okay tak mau cakap banyak just nak sharing our moment .

 I will always miss you FRIEND !



WEDDING ECAH


WEDDING ATIQAH

See Again .

Mar 29, 2013

KOLEKSI AYAT-AYAT CINTA


Salam hi guys ! 
Sekadar perkongsian koleksi ayat-ayat cinta yang
 pasti akan menyentuh sanubari setiap pembaca termasuklah admin . 
SHARE IT ! 







" KEBAHAGIAAN ITU PASTI MILIK KITA 
WALAUPUN SESUKAR MANA UNTUK KITA MEMILIKINYA"

Feb 15, 2013

HOLIDAY AT PANTAI TELUK GOREK , TANJUNG RESANG



Salam hi guys ! kali ni entri fiza holiday at Pantai Teluk Gorek Tanjung Resang .Pernah dengar tak nama tempat ni? maybe ada yang pernah visit kan. Okay setelah sekian lama akhirnya dapat jugak spend time dekat beach ni! Yeahh ! Mentang2 cuti Chinese New Year kan, hehe tengok baju fiza pun warna merah dah ! macam ikut tema kan . okay apa yang paling penting sekali dapat spent time bersama family tersayang ! love them so much ! Okay jom just nak sharing beberapa picture yang sempat pose kat beach ni . 

Let see ! (",)







Okay BYE !
Nak balik dah !
See again !

PHOTOSHOOT OUTDOOR AT GUNUNG LAMBAK !

Salam hi guy yang fiza sayangi ! sori sesangat lama betul tak updated entri kat blog ni . mesti rindu kan ? hehe al-maklumlah busy macam artis plak . haishhh ! actually ade je cuma masa je tak mengizinkan untuk updated bagai . Anyway entri kali ni  fiza nak updated time fiza photoshoot outdoor . Nak tahu dekat mana ? mana tahu u all pun nak try shoot dekat sini kan . kalau berminat boleh lah kunjung at Gunung Lambak . kat mana plak gunung lambak ni ? kalau nak tahu kena lah datang kluang . My hometown  ! Ok lah tak nak banyak citer jom singgah tengok gambar fiza yang tak bape nak pandai pose sangat . hehe . Singgah yuk ! 

Opss  ! Ada banyak lagi ni ! 
Time ni kena pose sorang-sorang . 
Pose lah macam mana pon  ! (",)






Opss ! 
Gandingan berdua fiza bersama modal lain pulak (",)





Okay sampai disini saja entri kali ni !
Meet again ! 
Thanks for coming ! (",)

Oct 27, 2012

PROMOSI RAYA NATURAL 99 !



To Dear New/Regular Customer :


#1Set Natural 99 RM35 
#Start 27.10.12~2.11.12 
#Sebarang tempahan boleh inbox sekarang 
#Contact 0177312014 
#Tempahan Terhad


Oct 22, 2012

EGG MASK FACIAL !




Salam hai guys ! entri kali ni i nak sharing satu lagi kaedah yang berkesan untuk penjagaan kulit muka . Owh very interesting kan ? Jom try ! sebab i dah try ! very effective ! selain produk-produk lain this tip juga penting . Paling tidak try hanya 1 minggu sekali . 

KELEBIHAN EGG MASK:

# Menegangkan kulit muka
#  Menyingkirkan lebihan minyak di muka
# Mengecilkan liang di muka
# Mengatasi masalah kulit seperti jerawat, blackheads 
# Membaiki tekstur kulit muka
-#Menyerikan muka


BAHAN_BAHAN:
# 1 biji telur
# Mangkuk
# Cermin

CARA-CARA :
# Pecahkan Telur
# Asingkan telur putih dan kuning
#Sapukan pada seluruh kulit muka
# Biarkan selama 15-30 minit
#Cuci muka dengan air sejuk


SELAMAT MENCUBA GUYS !

Oct 7, 2012

DEALER & DROPSHIP !


NATURAL 99


FOUNDATION NATURACTOR

Apakah Itu Dealer ?

Dealer adalah merupakan pengedar yang membeli secara borong daripada pembekal .

 Apakah Itu Dropship?

Dropshipping merupakan teknik pengurusan rantaian pembekal di mana penjual tidak menyimpan stok tetapi memindahkan pesanan pembeli produk kepada pembekal untuk tujuan pembungkusan dan penghantaran produk terus ke alamat pembeli.

dengan kata lain,

dropship adalah suatu kaedah perniagaan yang melibatkan penjualan sesuatu produk atau servis dengan pengedar hanya perlu membayar kepada pembekal berdasarkan produk dan servis yang dijual. Ianya memberi keuntungan yang besar kepada pengedar kerana tidak perlu menyimpan stok dan menanggung modal. Dropship membolehkan setiap orang menjalankan perniagaan kerana peniaga tidak perlu mempunyai produk atau servis yang dikeluarkan sendiri.

Jika anda ingin berniaga tanpa mengeluarkan modal yang besar, dropship adalah kaedah yang terbaik. Ini bermakna anda boleh menjual tanpa modal, tanpa risiko dan tidak perlu membeli dan menyimpan stok.

Bisnes dropship ini amat sesuai untuk semua golongan tidak kira anda seorang pelajar, penganggur, suri rumah, pekerja sepenuh masa mahupun seorang pesara. Ini adalah kerana perniagaan dropship ini:

- Tidak melibatkan modal yang besar.
- Tidak perlu menyimpan stok.
- Tidak perlu menyewa kedai mahupun menggaji pekerja.
- Risiko perniagaan ini amat rendah.
- Tidak perlu menghabiskan masa yang banyak.
- Boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.
- Amat senang dan mudah diuruskan!

Dalam bisnes dropship ini, apa yang anda perlu tumpukan ialah cara bagaimana anda mahu menjual produk anda sama ada di blog, di laman bidaan seperti ebay, di forum-forum ataupun menjual di Facebook manakala pembekal pula akan menguruskan tempahan pelanggan anda, uruskan pembungkusan produk dan menguruskan penghantaran kepada pelanggan anda. 

KEPADA YANG BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI DROPSHIP DAN DEALER UNTUK PRODUK NATURAL 99 DAN FOUNDATION NATURACTOR SILA PM SAYA ! 
sila layari 

Sep 26, 2012

JAMUAN HARI RAYA DAN PERPISAHAN !


Salam and hi guys ! This moment "Jamuan Hari Raya dan Perpisahan " sepanjang perjalanan kami berada di Universiti kami . Pejam celik now dah last semester . agak sedih jugak bila masing-masing nak berpisah . yelah hampir 3 tahun kowt berada disini even banyak sangat kenangan manis dan pahit kami lalui especially perasaan suka, duka, gembira, menangis dan segala perasaan yang ada . Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada pensyarah-pensyarah kami yang selalu memberi tunjuk ajar , nasihat sepanjang kami berada di medan perjuangan ini . Hope after ni masing-masing dipermudahkan untuk melalui haluan masing-masing . Semoga pertemuan dan perpisahan ini membawa seribu makna bagi kami semua . Kenangan terindah kami sepanjang majlis jamuan hari raya dan perpisahan kami . Macam-macam gelagat dan persembahan kami sediakan untuk rakan-rakan especially tetamu undangan kami iaitu pensyarah-pensyarah kami . Always miss this moment ! (",)

Kata-kata ucapan daripada yang berhormat dan wakil pelajar 

Persembahan gandingan nyanyian daripada Elmi dan Syikin Lagu bertajuk 
 "Seloka Hari Raya "

Persembahan nyanyian Lagu " Ombak rindu"

Persembahan special khas daripada pensyarah kami En.azlan . phewittt !  

Persembahan tarian " Indian Classical dance/Retro Dance "

Tetamu yang berhormat 






Sekian saja ,

Buah pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Walau jauh di negeri satu,
Hilang di mata  di hati jangan .

Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah saya menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi.

Sep 23, 2012

GATHERING BERSAMA EX-HOUSEMATE LAMA !


Hi guys ! Entry kali ini nak share kenangan terindah kami baru je semalam berlalu " Gathering bersama ex-housemate lama " start first semester lagi taw . Ha class gitu !  Saat-saat yang kami nantikan even satu universiti tapi susah betul nak jumpa . hehe al-maklumlah busy punya pasal . Masing-masing sibuk dengan assignment n class masing-masing . Tapi yang paling penting kiteorang sempat lagi spendtime masa bersama . hehe . Mereka semua ex-housemate fiza time first semester dulu . Now semua dah duk lain-lain tempat . Gathering ni pun sebab fiza dah last semester so lepas ni susah skit nak jumpa . jumpa pun entah-entah time wedding masing-masing . hehe . But terharu sangat dapat jugak spendtime bersama mereka semua . Whatever pun you uols always in my memories (",)

promote KFC jap! (",)

Ex-Housemate dan kawan saya Atin dan Lai yang comel (",)

Bersama Kak ana omey-omey  ! (",)

 Okay bye (",)

Sep 21, 2012

SHILA AMZAH WINNER OF ASIAN WAVE !



Hi guys ! Berita menggembirakan ! Salah seorang penyanyi Malaysia berjaya bergelar terbaik di pentas antarabangsa. Shila Amzah telah berjaya menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 di China.
Kemenangan Shila Amzah pada pertandingan malam tadi menepikan lima peserta peringkat akhir lain yang datang dari China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India. Class gitu ! 
Pada malam persembahan akhir, Shila Amzah membawakan lagu Grenade (Bruno Mars), sebuah lagu Melayu nyanyian asal Jaclyn Victor, Gemilang & sebuah lagu Mandarin. Hebat !
Terharu sangat diatas kemenangan Shila ! Tahniah buat Shila Amzah atas pencapaian ini dan bukan calang calang bakat taw boleh tewaskan peserta dari negara lain ini espeacially negara yang pernah memiliki industri hiburan lebih gah dan maju. Papepon CONGRAT SHILA ! (",)







CONGRATULATIONS SHILA ! (",)

Sep 17, 2012

BAWAL VS SHAWL !


BAWAL VS SHAWL !

Hi guys ! meet again ! This entry about BAWAL VS SHAWL . Actually bawal memang terkenal sejak dahulu kala . Sebelum kedatangan shawl lagi .  Tak tahu pun apa itu shawl . HAHA. Sebab majoriti semua duk pakai bawal kan . Lepas tu beralih pula ke SHAWL . After SHAWL terkenal ramai yang duk pakai SHAWL pulak. Majoriti gadis-gadis yang minat berfesyen . Pantang nampak shawl semua beli . Sampai fiza pun terikut-ikut sekali . HEHE but now bertukar kepada trend bawal plak . sebab bagi fiza shawl ni leceh sikit perlu take time  untuk memakainya . betul tak ? Lagi-lagi time nak belitkan shawl tu . haishhh seriusly leceh sangat ! Seminit jadi Sejam nak bersiap uh . HEHE . but whatever lah kan yang penting kita pakai cantik dan kemas . Itu yang paling penting ! Okay nak share skit " Cara pemakaian shawl dan bawal " . Bukan setakat shawl je taw yang ade trend nak belit-belit bawal pun boleh taw . Okay jom kita practise cara pemakaian shawl dan bawal yang hangat gadis-gadis sekarang duk berfesyen . yang penting Simple but Nice ! 

Selamat mencuba ! (",)

Bawal style 1

Bawal style 2

Bawal style 3

Shawl style 4

Shawls style 4

SELAMAT MENCUBA GUYS !

Sep 16, 2012

LEBIH DARI INDAH !


Bergetar hati ini
Saat mengingat dirimu
Mungkin saja diri ini
Tak terlihat olehmu
Aku pahami itu

Bagaimana caranya
Agar kamu tahu bahwa
Kau lebih dari indah
Di dalam hati ini

Lewat lagu ini
Ku ingin kamu mengerti
Aku sayang kamu
Ku ingin bersamamu

Nanananana
Nanananana
Nanananana

Meski ku tak pernah tahu
Kapan kau kan mengerti
Ku coba tuk berharap

Bagaimana caranya
Agar kamu tahu bahwa
Kau lebih dari indah
Di dalam hati ini

Lewat lagu ini
Ku ingin kamu mengerti
Aku sayang kamu
Ku ingin bersamamu

Bagaimana caranya
Agar kamu tahu bahwa
Kau lebih dari indah
Di dalam hati ini

Lewat lagu ini
Ku ingin kamu mengerti
Aku sayang kamu
Ku ingin bersamamu

Nanananana
Nanananana
Nanananana

Nanananana
Nanananana
Nanananana

This song is very mean for me ! Especially for someone special in my life . Even berkali-kali repeat dgr lagu ni but still xborink . HEHE . hope u guys enjoy with this song. (",)