Followers

Mar 6, 2012

KELEBIHAN DAN TIP BANGUN AWAL PAGI !

KRING ! KRING ! BANGUN !
Tatkala mentari mula meninggi , masih ada yang diulit mimpi . Ditariknya selimut menutupi wajah apabila cahaya sang matahari itu tadi menyentuh kulit mukanya .

Jam loceng yang memanggil-manggil dari tadi ditekan suisnya agar tiada lagi bunya yang membingitkan . Alangkah sukarnya untuk diri ini bangun .

Terasa betapa beratnya untuk bangun berdiri . Terasa begitu susahnya untuk membuka mata, seolah-olah ada sesuatu di kelopak mata yang menghalang . 

Salam guys dan selamat pagi ! Entry kali ni fiza nak kongsi sikit dgn kowg semua tentang ' BANGUN AWAL PAGI ' . Actually fiza pon dulu xdla selalu bangun awal pagi . faham2 jela kan . maybe terlalu penat or tidur lewat malam n then terlajak sampai xsedar dah pagi . BUT itu dulu . maybe selalu telepas pandang kot . Now bagi fiza bangun awal pagi adalah satu permulaan hari yang hebat .Ia seolah-olah menyapa hari yang mendatang dan memberi motivasi minda , sekaligus memulakan hari dengan minda yang positif . Wah terasa aura nya taw ! 

KELEBIHAN BANGUN DI AWAL PAGI :

1. Memberi peluang untuk diri menikmati begitu indahnya saat matahari terbit .Menyaksikan     begitu hebatnya kekuasaan Tuhan boleh memberi keinsafan dalam diri , lantas     menyebabkan diri berzikir kepada Allah yang satu .
2. Ketenangan jelas terasa apabila si fajar kekuningan di langit . Awal pagi sangat produktif     buat manusia . Tanpa bunyi yang membingitkan dan tanpa gangguan dari persekitaran .
3. Minda juga terasa segar jika dibandingkan dengan waktu yang lain . Menghirup udara yang     bersih , segar dan dinginnya juga mampu menyegarkan badan .
4. Di awal pagi juga adalah waktu yang baik untuk melakukan perancangan untuk sepanjang     hari . Dengan itu , dapatlah menentukan matlamat yang ingin dicapai pada hari tersebut     agar semuanya dapat berjalan dengan lancar .
5. Masa yang amat sesuai untuk bersenam . Especially , apabila menghirup udara yang segar    di pagi hari serta boleh mengekalkan kesihatan badan .
6. Bagi yang beragama Islam , adalah amat disarankan untuk mengambil wuduk dan berdoa     sebelum tidur bagi mengelak daripada gangguan syaitan yang gemar menguliti mimpi manusia .

KUNCI UTAMA !
ANTARA TIP-TIP BERGUNA UNTUK BANGUN DI AWAL PAGI :

1. Tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi .
2. Ambil wuduk sebelum tidur .
3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal .
4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur .
5. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur .
6. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda . Pastikan ia berfungsi ya .
7. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda .Mungkin minta mereka simbahkan air (jika perlu) atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun ! 

Amatlah rugi bagi insan yang mensia-siakan waktu pagi sedangkan banyak manfaat yang dapat dikutip sementara menunggu mentari menyinar . Penting bagi diri saya dan juga diri anda ! SELAMAT MENCUBA ! 

No comments:

Post a Comment