Assalamualaikum guys . pejam celik pejam celik dah masuk bulan ramadan dah . Sekejap je rasa . Even xdapat sambut first puasa bersama family tetapi family sentiasa dihati. Setelah menanti detik-detik Bulan ramadan ini akhirnya Bulan Ramadan Datang Lagi . Alahmdulilah bersyukur sangat kerana kita masih diberi kesempatan merasakan nikmat bulan ramadan ini . Espeacially,bulan yang dinanti-nantikan bagi seluruh umat islam.
Bulan yang barakah ini .
JOM NIAT PUASA ! |
Antara kelebihan bulan Ramadhan :
1. Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa .
2. Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan . Digandakan pahala amalan pada malam tersebut .
3. Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadan . Oleh itu kita, digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadan ini .
4. Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga .
5. Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadan . Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri . Mohonlah keampunan ilahi di bulan Ramadan yang mulia ini .
6. Kegembiraan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan .
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA ! |
No comments:
Post a Comment