Followers

Dec 7, 2011

OMBAK RINDU !


OMBAK RINDU TERBAIK !

Sinopsis Filem Ombak Rindu !

Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari , Izzah , gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya . Justeru itu , ayah saudaranya , Tha mengambil tugas memelihara Izzah . Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah membawa bala dalam keluarga mereka .

Pada masa sama , Pak cik Taha banyak berhutang . Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam . Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta .
Disitulah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz , Hariz sanggup membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu .

Atas permintaan Izzah , akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah , tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan .
Kehadiran Mila Amylia , anak Tan Sri Rashdan , model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz . Apakah mereka bermadu ? Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala , Lisa Surihani (Mila) . Turut berlakon Maya Karin .


KETERUJAAN MENYAKSIKAN OMBAK RINDU
ESPECIALLY BARISAN PELAKON YG MANTAP  !
AARON AZIZ & MAYA KARIN !


TRIP SEBELUM MENYAKSIKAN OMBAK RINDU !

Conclusion , daripada 5/5 bintang aq bagi 4.5/5 bintang bukan sebab pelakon yang handal belakon semata-mata tapi sebab jalan cerita yang berjaya menitiskan air mata aq ni . huhu . seriously touching giler kot . bukan aq sorang je feel dalam story ni tapi majoriti semua girl kot yang mata bengkak lepas saksikan story ni . story bagaimana kisah percintaan yang dilalui oleh seorang wanita dalam mengharungi liku-liku kehidupan even terpaksa atau dipaksa . Ternyata cinta sejati hadir dan wujud dalam sebuah perhubungan apabila cinta yang kita berikan memberi seribu erti dan makna dalam hidup seseorang . chewahh pape pon OMBAK RINDU the best ! :)

1 comment: