Followers

Nov 2, 2011

CINTA JARAK JAUH !


LONG DISTANCE RELATIONSHIP !

Sebelum meneruskan bicara, nak tanya dulu korang semua pernah bercinta tak? Tak kiralah cinta monyet ke atau cinta betul-betul, yang penting pernah atau tidak? Cinta korang tu cinta jarak dekat yang 24 jam boleh ngadap muka (tak rasa loya ke) atau cinta jarak jauh yang hanya boleh dengar suara kat telefon , email , internet ,fb atau something like that ? Agak-agaknya macam mana bercinta tapi tak dapat tengok muka dan paling syahdu hanya boleh berangan si dia ada di depan mata je ?

Setiap orang mempunyai pendapat berbeza mengenai cinta jarak jauh ini , ada yang mengatakan mereka tak boleh berjauhan kerana kononnya jauh dimata , jauh dihati . Ada pula yang lebih gemar bercinta jarak jauh , kononnya supaya mereka tidak bosan . Bagi aq benda ni simple je tak payah buat pening kepala . Atas nama CINTA yang sejati , semua cabaran sangup diharungi semata-mata untuk membuktikan kesetiaan pada pasangan . Hingga satu tahap , andai takdir menentukan faktor jarak bukan lagi halangan untuk teruna dan dara meyemai kasih .

Biarpun dipisahkan beribu kilometer , perasaan kasih yang mendalam seolah-olah menutupi kekurangan dan permasalahan yang timbul dalam perhubungan jarak jauh . Sabar dan sanggup berkorban mungkin sesuai menjadi kata kunci bagi pasangan yang bercinta jarak jauh .

Namun , biar situasi apa sekalipun , soal kesetiaan sentiasa menjadi perkiraan dan percaturan  penting bagi pasangan bercinta jarak jauh . Tidak kira lelaki mahupun wanita , kesetiaan dalam menjalinkan perhubungan jarak jauh boleh bertukar menjadi duri dalam daging if dinodai hingga mengikis kepercayaan dan kesetiaan yang disimpan selama ini . Oleh itu , kepercayaan dan kesetiaan sebagai tunjang utama dalam sebuah relationship . Di samping itu , doa diiringi keyakinan pasti akan membantu menguatkan relationship itu . Akhir bicara , 
" Hubungan jarak jauh ini akan lebih bermakna apabila ia disatukan " . :)



No comments:

Post a Comment