WHERE THE ROAD ? |
Apa itu khayalan ?
Adakah Khayalan dengan Fantasi benda yang sama ?
Rasa macam sama aje . Kedua-dua hanya mainan di minda kita , atau boleh dikatakan keinginan yang ingn diperolehi .
Semua orang ada fantasinya sendiri . Betul tak ?
Fantasi itu indah . Kita menggambarkan sesuatu yang mungkin diluar jangkaan kita . Malah , fantasi juga boleh menyebabkan kita lupa akan realiti . Sering berfantasi akan memerangkap diri kita sendiri kerana ia sukar membezakan mana realti dan mana yang fantasi .
Khayalan pula kadang indah kadang juga tidak . Selalunya berlaku apabila kita berharapkan sesuatu , baik atau buruk .
Khayalan juga seperti fantasi .Bila terperangkap dengannya , kita akan terleka dan terlupa seketika dengan realiti .
Mimpi adalah mainan tidur yang mengisi malam kita . Namun mimpi tidak selalu berlaku dan mimpi juga boleh jadi indah atau sebaliknya . dan mimpi kemungkinan datang kerana fantasi dan khayalan kita .
Realiti actually keadaan yang kita suka atau tidak , it mean kita perlu menerimanya . Namun , realiti mungkin boleh berubah jika kita berusaha untuk mengubahnya .Just jangan terlalu berharap kerana tidak semestinya perubahan itu sesuatu yang kita inginkan dan nantikan .
Conclusion nya , hidup tidak akan lari dari fantasi dan khayalan .dan tidak akan lari dari realitinya . semua bergantung pada diri kita . apa yang kita mahu dalam hidup kita . if kita terus berfantasi , berkhayal , bermimpi atau apa yang kita fantasikan ,khayalkan , mimpikan akan menjadi realiti ? tiada siapa akan tahu apa yang akan terjadi ... :)
No comments:
Post a Comment