Followers

Nov 5, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN !

SELAMAT HARI RAYA KORBAN !

Assalamualaikum dan selamat hari raya korban kepada semua umat islam . Apa itu korban ? Dari segi bahasa , korban bermaksud dekat , manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya .Hari raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah , bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam . 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam dimana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah , diluar bandar Mekah . Hari Raya Korban juga adalah perayaan yang istimewa kerana hari untuk umat islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t .  


KORBAN HAIWAN TERNAKAN !
Contoh apabila melakukan korban haiwan ternak iaitu dilakukan pada hari-hari tertentu pada bulan korban / haji . maka segala bentuk pengorbanan yang dilakukan umat islam pada hari lain juga disebut pengorbanan apabila disertai oleh ketakwaan kepada Allah s.wt . Sikap ini dapat membezakan daripada pengorbanan lain yang dilakukan demi kekasih , keluarga dan bangsa . Sesungguhnya erti sebuah  pengorbanan itu amat lah besar . Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan itu membawa seribu makna dalam diri kita .  :)

No comments:

Post a Comment